Jumlah gegaran di sekitar Gunung Agung bertambah, tempoh darurat diumumkan
Jumlah gegaran yang berlaku di sekitar Gunung Berapi Agung di Bali semakin bertambah, yang memberi isyarat bahawa gunung itu akan memuntahkan laharnya pada bila-bila masa sahaja.
KARANGASEM: Jumlah gegaran yang berlaku di sekitar Gunung Berapi Agung di Bali semakin bertambah, yang memberi isyarat bahawa gunung itu akan memuntahkan laharnya pada bila-bila masa sahaja.
Pihak-pihak berkuasa Indonesia menyatakan, ia belum dapat menjangkakan bila gunung berapi itu akan meletup, tetapi ancaman gegarannya semakin berbahaya dan tempoh darurat sudah pun diumumkan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Denpasar sedang melakukan persediaan bagi menubuhkan pusat operasi kecemasan, sekiranya letupan gunung berapi itu berlaku dan lapangan terbang itu perlu ditutup bagi sebarang penerbangan.
Sekitar 300 gegaran dicatatkan antara tengah malam tadi dan 6.00 pagi ini, dan pihak berkuasa Indonesia mengumumkan kemudahan kesan pesawat.
Pihak berkuasa Indonesia mengisytiharkan kawasan sekitar sembilan kilometer dekat gunung itu sebagai kawasan bahaya.
Menurut Polis hampir 34,000 penduduk kampung yang tinggal dekat kawasan gunung itu juga dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
BERITA BERKAITAN:
Rakyat S'pura dinasihati supaya hindari Gunung Agung di Bali
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.