Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jokowi arah ketua polis, tentera bertindak tegas terhadap ucapan provokatif

Namun beliau tidak memberikan perincian tentang langkah-langkah tegas yang perlu dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 May 2017 06:54PM Dikemas Kini : 17 May 2017 10:48PM

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan Ketua-Ketua Polis dan Tentera supaya bertindak tegas terhadap segala bentuk ucapan yang boleh mencetuskan kebencian dan bersifat provokasi di negara itu.

Namun beliau tidak memberikan perincian tentang langkah-langkah tegas yang perlu dilaksanakan.

Semasa bertemu para pemimpin pelbagai kumpulan agama di Istana Merdeka di Jakarta, Presiden Joko Widodo turut menyeru orang ramai supaya berhenti menghujat atau menghina sesuatu agama atau kumpulan kaum.

Sebaliknya beliau menggesa agar mereka supaya berusaha untuk menghuraikan perbezaan yang wujud secara amaran.

Para pemimpin agama pula diseru supaya memainkan peranan untuk menghentikan konflik antara kumpulan di peringkat akar umbi.

"Saya senang dan berterima kasih mendengar komitmen semua umat beragama untuk terus menjaga persatuan, persaudaraan, perdamaian dan toleransi antara umat," ujar beliau.

Dalam pada itu ratusan penyokong Basuki Tjahaja Purnama mengadakan satu lagi rapat semalam di luar sebuah pusat tahanan polis di Depok, Jawa Barat di mana bekas Gabenor Jakarta itu ditahan.

Mereka menggesa Mahkamah Tinggi supaya menggantung hukuman penjara Basuki.

Sekitar seminggu lalu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap bekas Gabenor Jakarta itu kerana melakukan penistaan terhadap agama Islam.

Basuki mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan