Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Joget atas kubur; remaja dianggap tidak sopan dan "biadap"

Perbuatan sekumpulan remaja menari di atas tanah perkuburan dianggap biadap dan menghina Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Joget atas kubur; remaja dianggap tidak sopan dan "biadap"

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 28 Jun 2017 12:54AM Dikemas Kini : 28 Jun 2017 01:00AM

KUALA LUMPUR: Perbuatan sekumpulan remaja menari di atas tanah perkuburan dianggap biadap dan menghina Islam.

Sekumpulan remaja itu dikecam apabila video tarian mereka di atas kubur mula 'viral' di media sosial, lapor Astro Gempak.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Viral Agency, sekumpulan remaja lelaki dilihat melakukan tarian kurang sopan di sebuah tanah perkuburan Islam.

Rata-rata warga siber yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan sikap remaja terbabit yang dianggap seolah-olah menghina agama Islam.

Namun, tidak dapat dipastikan lokasi insiden itu.

Berikut antara komen-komen warga siber yang mengutuk keras perbuatan remaja tersebut:

Ujeng Slumber: "Allah bagi sihat tubuh badan tapi tidak tahu untuk mensyukuri nikmat yang diberikan, bila dah ditimpa musibah mula salahkan takdir."

Mohd Akmal: "Semoga mereka ini segera bertaubat dan diberikan hidayah. Sungguh memalukan sikap seperti ini."

Shah Shahrun: "Dapatlah balasan nanti dengan perbuatan yang dilakukan ini. Inilah contoh manusia yang tidak mempunyai akal fikiran."

Norerma Erika Elissma: "Amboi-amboi dah tidak waras ke mereka semua ini, di atas kubur juga nak menari, macam tak ada tempat lain". 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan