Jet pejuang Indonesia terhempas sewaktu aksi pertunjukan udara
Sebuah jet pejuang Golden Eagle T50 milik Angkatan Tentera Udara Negara Indonesia jatuh sewaktu melakukan pertunjukan udara dalam satu acara di Lapangan Terbang Adi Sucipto hari ini (20 Dis).
MERDEKA.COM: Sebuah jet pejuang Golden Eagle T50 milik Angkatan Tentera Udara Negara Indonesia jatuh sewaktu melakukan pertunjukan udara dalam satu acara di Lapangan Terbang Adi Sucipto hari ini (20 Dis).
Jurucakap angkatan udara Indonesia Dwi Badarmanto mengesahkan, "dua juruterbang terkorban," menurut laman Detik.
Sejauh ini, masih belum dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa lain yang cedera atau turut terkorban.
Menurut laporan laman Kompas.com, salah seorang penumpang yang berada di lapangan terbang tersebut mengatakan bahawa jet pejuang itu memulakan penerbangan pada pukul 9.45 pagi tadi, sebelum kedengaran bunyi ledakan sekitar 10 minit kemudian.
Video di bawah ini dirakamkan pada saat-saat akhir pesawat tersebut sebelum terhempas.
Ia jelas kelihatan pada saat ke 21 dalam video ini.
Saya diajak oleh jiran, ada pesawat jatuh. Kami terus ke sini untuk melihat," kata Encik Mulyadi yang berada di sana.
Sementara itu, laman Kompas.com melaporkan bahawa Lapangan Terbang Adi Sucipto ditutup buat sementara waktu menyusuli insiden jet pejuang yang terjatuh itu.
Para penumpang yang berada di lapangan terbang tersebut turut terjejas.
"Sekarang lapangan terbang ditutup. Pesawat saya juga masih tertangguh," ujar salah seorang penumpang di Lapangan Terbang Adi Sucipto, Agustinus Banyuaji, kepada Kompas.com.
"Saya juga belum tahu ditangguh sampai bila atau malah dibatalkan penerbangannya. Yang jelas, sekarang lapangan terbang ditutup," tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.