Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jerman sumbang €10 juta bantu hapuskan periuk api di Raqqa

Jerman akan menyumbang €10 juta (S$16 juta) bagi membantu menghapuskan periuk-periuk api di Raqqa, bandar di utara Syria, seperti yang dilaporkan akhbar Handelsblatt.

Anggaran Waktu Membaca:
Jerman sumbang €10 juta bantu hapuskan periuk api di Raqqa
Diterbitkan : 17 Nov 2017 04:36PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 04:39PM

BERLIN: Jerman akan menyumbang €10 juta (S$16 juta) bagi membantu menghapuskan periuk-periuk api di Raqqa, bandar di utara Syria, seperti yang dilaporkan akhbar Handelsblatt.

Kementerian luar negara akan mengumumkan tambahan sumbangan tersebut sebagai sebahagian daripada satu pakatan bersama Amerika Syarikat hari ini (17 Nov), menurut laporan itu lagi.

Di bawah perjanjian itu Jerman diminta membantu membiayai Tetra Tech, sebuah kontraktor pemerintah AS untuk menghapuskan periuk-periuk api di Raqqa.

Bulan lalu, pasukan tentera dipimpin AS mengumumkan kemenangan ke atas kumpulan pelampau ISIS di bandar tersebut.

Tentera AS terus mendesak Jerman untuk memberikan dana bantuan tambahan bagi Syria, tetapi menurut laporan akhbar tersebut, Jerman masih menantikan langkah-langkah untuk memantapkan Syria.

Norbert Roettgen, seorang anggota parti konservatif pimpinan Perdana Menteri Angela Merkel, memberitahu akhbar tersebut bahawa bantuan kewangan untuk membangunkan semula negara berkenaan harus "selari dengan huraian yang boleh dipercayai dan kestabilan politik di Syria".

Akhbar itu turut menyatakan bahawa usaha Jerman untuk menghapuskan periuk api di Raqqa boleh dipertingkatkan lagi jika situasi kembali stabil.  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan