Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jepun mahu jaminan, komitmen Trump bagi pulau Senkaku

Jepun mahu jaminan Presiden Donald Trump tentang pertahanan pulau-pulau Senkaku di bawah perjanjian keselamatan Jepun-Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jan 2017 09:00PM Dikemas Kini : 23 Jan 2017 09:58PM

TOKYO: Jepun mahu jaminan Presiden Donald Trump tentang pertahanan pulau-pulau Senkaku di bawah perjanjian keselamatan Jepun-Amerika Syarikat.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida menekankan adalah penting Tokyo mendapatkan komitmen pentadbiran Trump bagi mempertahankan pulau-pulau tersebut yang juga dituntut China dan Taiwan.

Ini berikutan pencerobohan tiga kapal peronda China yang memasuki perairan Jepun, Senkaku semalam.

Menurut Pengawal Pantai Jepun, pencerobohan itu berlaku berhampiran Pulau Kubashima.

Pulau-pulau itu berada dalam kawalan Jepun.

Ini adalah kali ketiga tahun ini kapal-kapal peronda China dilaporkan memasuki perairan Senkaku yang dikenali sebagai Diaoyu di China.

Jepun menyifatkan pencerobohan itu sebagai mencabuli kedaulatannya dan telah mengemukakan bantahan kepada kedutaan China di Tokyo serta menerusi kedutaan Jepun di Beijing. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan