Images
  • us ambassador
    Duta Besar Amerika Syarikat ke PBB Nikki Haley bercakap dengan seorang lagi duta besar di sebuah mesyuarat. (Gambar: Reuters/Stephanie Keith)

Jepun, Korea Selatan alu-alukan sekatan baru ke atas Korea Utara

NEW YORK: Jepun dan Korea Selatan mengalu-alukan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baru terhadap Korea Utara kerana melakukan satu lagi ujian senjata nuklear baru-baru ini.

Ketetapan baru itu yang dilakar Amerika Syarikat mendapat sokongan sebulat suara dari semua anggota Majlis Keselamatan PBB.

Ia mengharamkan eksport tekstil Korea Utara dan membataskan kiriman produk minyak ke negara itu.

Bagaimanapun sekatan tersebut tidak seketat yang dikehendaki Amerika demi mendapatkan sokongan dari China dan Rusia, dua anggota tetap Majlis Keselamatan.

Dalam rangka ketetapan asalnya, Washington mahu Korea Utara dikenakan sekatan minyak sepenuhnya dan semua aset asing pemimpin ulung negara itu Kim Jong-Un dibekukan.

Pyongyang sebelum ini memberi amaran ia akan memastikan Amerika menerima padah amat buruk yang belum pernah dialami negara itu jika Washington mendesak agar Korea Utara dikenakan sekatan baru.

- BERITAMediacorp/MU/ru

Komen Anda?

Top