Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jemaah umrah S'pura di Baitulmakdis tidak saksikan sebarang kekacauan

Lebih 100 jemaah umrah dari Singapura difahamkan kini berada di Baitulmakdis. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 100 jemaah umrah dari Singapura difahamkan kini berada di Baitulmakdis.

Menurut beberapa GSA yang dihubungi BERITA Mediacorp, tidak ada sebarang pergolakan dilaporkan oleh jemaah mereka.

Sekumpulan lagi jemaah Singapura seramai 150 orang dijangkakan tiba di bandar itu, hari ini (7 Dis).

Seorang pegawai syarikat Shahidah Travel & Tours, berkata rombongannya sebanyak 42 jemaah di Baitulmakdis, tidak melaporkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Namun, pihaknya akan terus memantau keadaan dengan rapi. Pemandu pelancong bertauliah yang bekerjasama rapat dengan syarikat tersebut juga diberi taklimat keselamatan.

Ini termasuk untuk segera membawa para jemaah ke tempat-tempat yang selamat, sekiranya ketegangan meningkat dan kekecohan meletus.

Rombongan dari TM Fouzy Travel & Tours, seramai 120 jemaah juga antara yang dijangkakan tiba di Baitulmakdis hari ini (7 Dis).

Menurut Ustaz Tengku Mohd Fauzy, yang juga merupakan Presiden AMTAS, ejennya di Baitulmakdis buat masa kini "tidak melaporkan apa-apa perkara yang luar biasa".

Buat masa kini, para GSA yang kami hubungi belum mendapat sebarang nasihat perjalanan daripada MFA sama ada untuk mengubah jadual perjalanan bagi jemaah mereka yang bakal berangkat ke Baitulmakdis. 

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan