Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jemaah Iran 80 tahun selamat selepas alami serangan jantung semasa lakukan tawaf

Pasukan perubatan di Bandar Perubatan Raja Abdullah di Makkah berjaya menyelamatkan warga Iran berusia 80 tahun yang mengalami serangan jantung semasa melalukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Jemaah Iran 80 tahun selamat selepas alami serangan jantung semasa lakukan tawaf

Jemaah haji dari merata dunia melakukan ibadah tawaf. (Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP)

Diterbitkan : 24 Aug 2017 01:09AM Dikemas Kini : 24 Aug 2017 01:16AM

MAKKAH: Pasukan perubatan di Bandar Perubatan Raja Abdullah di Makkah berjaya menyelamatkan warga Iran berusia 80 tahun yang mengalami serangan jantung semasa melalukan tawaf di sekeliling Kaabah.

Pasukan perubatan kecemasan yang berada di kawasan tersebut memindahkannya ke hospital dalam keadaan tenat. Setibanya di sana, beberapa ujian mengesahkan beliau mengalami sakit jantung, menurut Al Arabiya.

Semasa prosedur rawatan jantung, beberapa tiub ‘stent’ ditempatkan dalam arteri jantung yang tersumbat dan beliau dipindahkan ke unit jagaan rapi untuk dipantau. Beliau dibenarkan pulang sehari kemudian dan menerima jagaan lanjut yang sewajarnya.

Dalam petikan laporan Al Arabiya, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan atas jagaan dan sikap profesional mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi atas jagaan mereka terhadap semua tetamu di Makkah.

Pengarah pusat jantung di Bandar Perubatan Raja Abdullah, Dr. Najib Jaha, berkata prosedur rawatan jantung sedemikian dan pembedahan jantung terbuka kian meningkat semasa musim haji.

Prosedur dan pembedahan tersebut dijalankan “dalam masa ketibaan rekod”, jelasnya, seperti ditukil Al Arabiya.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan