Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jangan tertipu individu dakwa boleh dapatkan rumah impian, nasihat Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat Johor agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangan tertipu individu dakwa boleh dapatkan rumah impian, nasihat Sultan Johor

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim semalam. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 23 Mar 2017 07:41AM Dikemas Kini : 23 Mar 2017 07:58AM

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat Johor agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.

Beliau menyampaikan kata-kata sedemikian kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim semalam (22 Mac).

"Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu. Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan," kata Sultan Ibrahim.

Setakat 7.00 malam semalam, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor.

Projek berkenaan, yang dilancarkan petang semalam, merupakan hasil cetusan idea Sultan Ibrahim, yang turut memberi peluang kepada rakyat Johor memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000 (S$25,300).

Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim itu juga bakal menyaksikan dua projek perumahan yang akan dilaksanakan di Bandar Dato' Onn dan Bandar Baru Majidee. 

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan