Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jakarta tingkatkan tahap persiapan cegah militan ke Indonesia

Berikutan kejayaan tentera Filipina menamatkan krisis  pendudukan militan di Marawi, Jakarta meningkatkan tahap persiapan bagi mencegah penyusupan militan-militan dari Marawi ke Indonesia.

Anggaran Waktu Membaca:
Jakarta tingkatkan tahap persiapan cegah militan ke Indonesia

Gambar fail anggota polis anti-pengganas Indonesia dalam satu serbuan yang dijalankan. (Gambar: AFP/Olagondronk)

Diterbitkan : 19 Oct 2017 10:39PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:40PM

JAKARTA: Berikutan kejayaan tentera Filipina menamatkan krisis pendudukan militan di Marawi, Jakarta meningkatkan tahap persiapan bagi mencegah penyusupan militan-militan dari Marawi ke Indonesia.

Kementerian Luar Indonesia menyatakan negaranya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina dalam hal itu.

Bahkan apabila krisis Marawi bermula pada 23 Mei lalu pihak berkuasa Indonesia telahpun diletakkan pada tahap berjaga-jaga yang tinggi bagi mengawal sempadan negara itu.

Ini termasuk mengerahkan anggota-anggota polis ke pulau-pulau Indonesia yang paling utara berhampiran sempadan Filipina.

Setelah tamatnya krisis pendudukan militan di Marawi, Ketua Polis wilayah Sulawesi Utara dilaporkan berkata kawalan sempadan akan diketatkan lagi.

Sekiranya perlu beliau juga akan meminta Ketua Polis Indonesia menghantar anggota-anggota tambahan ke wilayah itu.

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan