Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Jabatan Agama Malaysia harus henti tangkap mereka yang tidak berpuasa: Khairy Jamaluddin

Encik Khairy Jamaluddin menggesa jabatan agama pada hari Ahad (28 Mei) untuk membantu golongan miskin dan bukannya menangkap orang-orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jabatan Agama Malaysia harus henti tangkap mereka yang tidak berpuasa: Khairy Jamaluddin

Gambar fail Encik Khairy Jamaluddin. (Gambar: TODAY/The Malaysian Insider)

Diterbitkan : 28 May 2017 06:22PM Dikemas Kini : 28 May 2017 10:39PM

KUALA LUMPUR - Menteri Malaysia Khairy Jamaluddin menggesa jabatan agama pada hari Ahad (28 Mei) untuk membantu golongan miskin dan bukannya menangkap orang-orang Islam yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

"Daripada jabatan agama membelanjakan wang untuk menguatkuasakan orang-orang bagi mencari mereka yang 'ponteng puasa' (meninggalkan puasa), ia sebaiknya digunakan untuk membantu asnaf dan berbuat baik," kata menteri belia dan sukan Malaysia dalam satu posnya di Twitter.

"Dari segi keutamaan, lebih penting untuk kita membantu golongan yang memerlukan daripada menguatkuasakan kewajipan-kewajipan agama yang peribadi. Tidak ada paksaan, "katanya.

Encik Khairy, bagaimanapun mengakui bahawa adalah "sukar", apabila pengguna Twitter mencadangkan bahawa beliau meletakkan cadangan tersebut ke dalam bentuk manifesto dan untuk mengembangkannya pada seluruh konsep pengawasan moral.

"Ini adalah sukar. Secara jujur saya katakan, ia sukar. Birokrasi agama yang sudah bertahun-tahun dilaksanakan,"Encik Khairy menjawab kepada @zurairi di Twitter.

Jabatan hal ehwal agama Terengganu baru-baru ini berkata ia akan mengambil tindakan terhadap orang Islam yang tidak berpuasa dan tempat-tempat makan yang dikendalikan oleh orang Islam, atau gerai yang mula beroperasi sebelum jam tiga petang.

Peraturan itu dilaporkan turut dikuatkuasakan ke atas rangkaian restoran makanan segera dan bazar-bazar Ramadan, kecuali kedai-kedai makan yang dikendalikan orang bukan Islam.

Encik Khairy juga mempersoalkan mengapa terdapat begitu banyak majlis-majlis "berbuka puasa" yang dianjurkan, sedangkan bulan Ramadan seharusnya merupakan masa untuk muhasabah diri.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno, menekankan bahawa jadual waktu ahli politik sarat dengan acara-acara berbuka puasa sambil mengeluh "tiada masa untuk muhasabah diri". 

Sumber : Today/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan