Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isu Baitulmakdis: Netanyahu dikritik semasa lawatan ke Eropah

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus berdepan kritikan hebat ketika memulakan lawatan ke Eropah menyusuli tindakan Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Dec 2017 07:41PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 11:08PM

PERANCIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu terus berdepan kritikan hebat ketika memulakan lawatan ke Eropah menyusuli tindakan Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Namun beliau tetap berkeras dengan berkata pengiktirafan itu akan "memudahkan proses keamanan ".

Pada pertemuan pertamanya dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, Encik Netanyahu menggesa rakyat Palestin supaya menerima kenyataan bahawa Amerika mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Ini dibidas Encik Macron yang menggesa Encik Netanyahu agar berhubung dengan rakyat Palestin untuk memulihkan hubungan susulan bantahan meluas terhadap tindakan Amerika itu.

Encik Macron turut mengutuk keputusan Presiden Trump itu dan menyifatkannya sebagai percanggahan daripada undang-undang antarabangsa dan mengancam proses perdamaian.

"Keamanan tidak hanya bergantung kepada Amerika Syarikat sahaja, atau Perancis. Ia turut membabitkan kemampuan pemimpin dua negara iaitu Israel dan Palestin," kata Encik Macron

Pada masa yang sama, Encik Macron turut menyeru semua menteri luar Eropah agar meneruskan perbincangan di Brussels hari ini.

Encik Macron juga menggesa Encik Netanyahu supaya membekukan penempatan Yahudi di wilayah-wilayah yang didudukinya.

Bagaimanapun, Encik Netanyahu ternyata memuji tindakan Presiden Trump yang dianggap 'bersejarah' dan menjelaskan Baitulmakdis sejak sekian lama sudah menjadi ibu kota mereka.  

Sumber : Agensi berita/NU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan