Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Isteri minta diceraikan beberapa minit selepas nikah dek suami yang gelojoh

Insiden itu dipercayai ramai akan menjadi satu pembelajaran kepada mereka yang digelar "pemburu hantaran".

Anggaran Waktu Membaca:
Isteri minta diceraikan beberapa minit selepas nikah dek suami yang gelojoh

Mumtaz Ansari (kiri) dan abangnya. (Gambar: Merdeka.com/Gulf News)

Diterbitkan : 30 Apr 2017 10:07PM Dikemas Kini : 30 Apr 2017 10:08PM

INDIA: Seorang wanita dari bandar timur India, Jharkhand, menuntut cerai serta merta beberapa minit selepas dinikahkan kepada suaminya.

Ini selepas suaminya itu tiba-tiba meminta motosikal mewah dan bersikap kurang ajar kepada ayah beliau.

Insiden luar biasa itu yang dilaporkan Gulf News berlaku pada awal pagi Rabu (26 Apr) di kampung Chandve.

Insiden itu dipercayai ramai akan menjadi satu pembelajaran kepada mereka yang digelar "pemburu hantaran".

Perkahwinan Rubana Parween dengan Mumtaz Ansari berjalan seperti yang dijadualkan pada malam Selasa dan mereka dinikahkan selepas sebelah tengah malam, menurut laporan Golf News.

Para saksi berkata semuanya berjalan dengan lancar. Sejurus selepas dinikah, bagaimanapun, sang suami itu tiba-tiba menuntut sebuah motosikal Bajaj Pulsar walaupun keluarga si isteri sudah membeli motosikal Hero Passion PRO seperti apa yang diminta sebelum ini oleh Mumtaz.

Apabila Mumtaz mendapat tahu motosikal itu sudah dibeli, dia kemudian berkelahi dengan ayah isterinya dan bersikap kurang ajar terhadapnya.

Gulf News menambah orang-orang kampung campur tangan dan cuba memujuk Mumtaz tetapi tidak berjaya.

Sebaliknya, Mumtaz membuat ancaman akan pulang ke rumah tanpa isterinya.

Apabila Rubana mendapat tahu mengenai insiden itu, beliau memanggil ayahnya dan tidak mahu tinggal bersama suaminya.

"Lelaki yang tidak menghormati ayah saya tidak boleh menjadi suami saya," jerit beliau sambil menambah: "Saya tidak mahu tinggal dengan suami yang gelojoh."

Gulf News menyatakan juga para kadi selepas itu dipanggil dan Rubana menuntut cerai daripada suaminya, kurang 30 minit selepas dinikah.

Orang-orang kampung kemudian menangkap Mumtaz bersama abangnya Mohammad Imtiyaz dan mencukur kepala mereka, melontar kasut ke arah mereka dan memasang pelekat dengan kata-kata 'Saya seorang yang gelojohkan hantaran'.

Kedua-duanya kemudian diarak sekeliling kampung sebelum dibenarkan pulang tanpa isteri dan motosikal.

Keluarga Mumtaz juga disuruh menulis surat memohon maaf dan berjanji untuk memulangkan semua barang hantaran yang diambil. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan