Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel ceroboh 8 pejabat media Palestin di Tebing Barat

Penguasa Palestin mengutuk tindakan tentera Israel menyerbu lapan pejabat media Palestin di merata wilayah Tebing Barat sepanjang malam semalam (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2017 07:14PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 10:57PM

TEBING BARAT: Penguasa Palestin mengutuk tindakan tentera Israel menyerbu lapan pejabat media Palestin di merata wilayah Tebing Barat sepanjang malam semalam (17 Okt).

Ia menuduh Israel melakukan pencerobohan dan melanggar semua undang-undang antarabangsa serta menggugat usaha antarabangsa untuk menghasilkan perjanjian damai di rantau itu.

Jurucakap tentera Israel berkata tindakan menyerbu pejabat-pejabat media Palestin ini merupakan satu "operasi besar-besaran" menentang anasir penghasut.

Siri serbuan ini dilakukan hanya beberapa jam selepas pemerintah Israel mengumumkan tidak akan berurusan dengan pemerintah perpaduan Palestin yang baru melibatkan Hamas kecuali pertubuhan itu melakukan perubahan besar.

Para pegawai Israel menyatakan lapan pejabat media yang diserbu memberi khidmat kepada stesen-stesen TV Hamas iaitu Al-Aqsa and Al-Quds.

Pejabat-pejabat itu termasuk dari syarikat Palmedia, Ramsat dan Transmedia, sebuah kemudahan penyiaran satelit.

Dua kakitangannya juga dilaporkan ditangkap. Pejabat-pejabat tersebut pula diarah ditutup dalam masa enam bulan ini.

Sumber : Agensi berita/MU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan