Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ISIS marah Muhammad Wanndy Mohamed Jedi kerana gagal lancar serangan di M'sia

Muhammad Wanndy Mohamed Jedi berisiko hilang peranannya sebagai pemimpin ISIS Malaysia jika dia gagal melancarkan serangan pengganas di negara itu menjelang hujung tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
ISIS marah Muhammad Wanndy Mohamed Jedi kerana gagal lancar serangan di M'sia

Muhammad Wanndy Mohamed Jedi. (Gambar: Facebook Nor Mahmudah Ahmad)

Diterbitkan : 26 Apr 2017 08:46PM Dikemas Kini : 26 Apr 2017 08:47PM

KUALA LUMPUR: Muhammad Wanndy Mohamed Jedi berisiko hilang peranannya sebagai pemimpin ISIS Malaysia jika dia gagal melancarkan serangan pengganas di negara itu menjelang hujung tahun ini.

Akhbar The Star menukil sumber risikan sebagai mengatakan, Muhammad Wandy juga sedang cuba meyakinkan hampir 57 militan rakyat Malaysia supaya jangan meninggalkan Syria.

Militan-militan tersebut dikatakan sudah "hilang keyakinan" terhadap Muhammad Wanndy, malah menolak wang tunai yang ditawarkan olehnya supaya mereka tetap di Syria.

"Dia gagal melancarkan serangan di Malaysia seperti yang dirancang. Ini membangkitkan kemarahan pemimpin ISIS di Syria dan Iraq," sumber itu ditukil sebagai berkata.

Serangan pertama di Malaysia yang dikaitkan dengan ISIS, yang dilancarkan di kelab malam Movida di Puchong pada bulan Mei lalu, menyebabkan lapan orang cedera dan gagal membunuh walau seorang individu.

Seorang penjual burger yang berasal dari Kedah dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun pada bulan lalu kerana didapati menyokong perbuatan pengganasan dalam serangan di Movida, lapor laman Malay Mail.

Akhbar The Star melaporkan Muhammad Wanndy sudah berjanji kepada para pemimpin ISIS bahawa dia akan "mencetuskan kekecohan" di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Muhammad Wanndy yang dilahirkan di Melaka, dilaporkan cuba mempengaruhi para pengguna media sosial yang cenderung mengeluarkan kenyataan-kenyataan perkauman atau mengkritik para pemimpin di laman Facebook.

Dia juga didakwa menubuhkan lebih 100 kumpulan WhatsApp yang anggotanya termasuk para pelajar di seluruh Malaysia.

Kumpulan-kumpulan WhatsApp itu dilaporkan dikendalikan oleh penggodam di Syria.

"Sekitar 80 peratus individu yang berjaya dipengaruhinya didapati penagih dan mereka yang suka menyendiri," menurut sumber risikan itu seperti yang ditukil Malay Mail Online. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan