Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ISIS dakwa dalangi serangan pisau, 7 cedera di Rusia

Kumpulan militan ISIS pada Sabtu (19 Ogos) mendakwa bertanggungjawab selepas seorang lelaki menikam tujuh orang di sebuah bandar terpencil di utara Rusia sebelum ditembak mati oleh polis.

Anggaran Waktu Membaca:
ISIS dakwa dalangi serangan pisau, 7 cedera di Rusia

Pegawai polis yang tiba di tempat kejadian serangan pisau yang berlaku di Rusia. (Gambar: Irina Shvets/Siapress.ru via AP)

Diterbitkan : 20 Aug 2017 10:18AM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 10:22AM

MOSCOW: Kumpulan militan ISIS pada Sabtu (19 Ogos) mendakwa bertanggungjawab selepas seorang lelaki menikam tujuh orang di sebuah bandar terpencil di utara Rusia sebelum ditembak mati oleh polis.

Para penyiasat bagaimanapun menegaskan bahawa serangan tersebut mungkin bukan serangan pengganas.

"Orang yang menikam di bandar Surgut di Rusia adalah askar ISIS," menurut Amaq, agensi propaganda ISIS, dalam satu kenyataan, selepas kumpulan militan itu mengaku bertanggungjawab atas serangan kembar yang dilancarkan di Sepanyol yang mengakibatkan 14 orang terkorban.

Serangan itu berlaku sehari setelah Finland digegarkan dengan serangan, yang menyebabkan dua orang mati ditikam dan lapan yang lain cedera, dan kes itu sedang disiasat sebagai serangan pengganas, walaupun motif penyerang masih belum diketahui.

Bandar Surgut terletak kira-kira 2,100 kilometer (1,330 batu) di timur laut Mosko dan merupakan yang terbesar di wilayah Khanty-Mansi yang kaya dengan minyak. Ia tidak mempunyai penduduk Islam yang besar.

Jawatankuasa Siasatan Rusia, yang menyiasat jenayah-jenayah besar, menyatakan seorang lelaki di Surgut "melakukan serangan terhadap orang awam, menyebabkan luka-luka daripada tikaman" pada pagi Sabtu. Ia turut menyatakan bahawa polis bersenjata dikerahkan ke tempat kejadian untuk "menangani ancaman" penyerang itu.

Pegawai daerah berkata tujuh orang dikejarkan ke hospital, dengan jumlah itu disahkan oleh para penyiasat.

Jurucakap polis daerah yang tidak mahu membesar-besarkan kejadian itu memberitahu agensi berita Interfax bahawa tanggapan insiden itu adalah "pengganas (serangan) bukan isu utama". Tiada respons rasmi dari ISIS berhubung insiden tersebut.


Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan