Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden rempuh: '4 disyaki pengganas' ditembak mati di selatan Barcelona

Polis Sepanyol menyatakan pihaknya menembak mati "empat disyaki pengganas" dan seorang lagi cedera pada awal pagi Jumaat (18 Ogos) di Cambrils, sebuah bandar di selatan Barcelona.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Aug 2017 09:04AM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 12:02AM

MADRID: Polis Sepanyol menyatakan pihaknya menembak mati "empat disyaki pengganas" dan menyebabkan seorang lagi cedera pada awal pagi Jumaat (18 Ogos) di Cambrils, sebuah bandar di selatan Barcelona.

Tempat kejadian itu juga adalah di mana sebuah van merempuh para pejalan kaki pada Khamis, yang menyebabkan 13 orang maut.

Tidak dapat dipastikan bagaimana operasi itu dikaitkan dengan serangan van di Barcelona pada Khamis yang menyebabkan 13 orang maut sejauh ini.

Pemerintah Catalonia, di mana terletaknya kedua-dua Barcelona dan Cambrils, juga mengesahkan insiden berkenaan, yang disifatkan oleh polis sebagai "kemungkinan serangan pengganas" sebelum ini.

Khidmat kecemasan Catalan turut mendedahkan di laman Twitter bahawa orang ramai di Cambrils harus "duduk di rumah, jaga keselamatan mereka".

Sumber : Reuters/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan