Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Insiden maut di masjid utara London 'serangan pengganas', kata Datuk Bandar Sadiq Khan

Datuk Bandar London Sadiq Khan pada Isnin (19 Jun) menyifatkan rempuhan sebuah van ke arah para pejalan kaki dan jemaah berhampiran sebuah masjid di utara London sebagai "serangan pengganas terhadap orang-orang yang tidak berdosa".

Anggaran Waktu Membaca:
Insiden maut di masjid utara London 'serangan pengganas', kata Datuk Bandar Sadiq Khan

Para penyiasat forensik berada di tempat kejadian di kawasan Finsbury Park, utara London setelah sebuah van merempuh para pejalan kaki. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 03:54PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 03:59PM

LONDON: Datuk Bandar London Sadiq Khan pada Isnin (19 Jun) menyifatkan rempuhan sebuah van ke arah para pejalan kaki dan jemaah berhampiran sebuah masjid di utara London sebagai "serangan pengganas terhadap orang-orang yang tidak berdosa".

Seorang individu maut di tempat kejadian, manakala lapan yang lain cedera dan dibawa ke hospital menyusuli insiden yang berlaku berdekatan Masjid Finsbury Park di Seven Sisters Road.

"Ingatan dan doa saya ditujukan kepada semua yang terjejas. Saya berterima kasih kepada khidmat kecemasan kami, yang memberi respons pantas dan bekerja sepanjang malam di tempat kejadian," kata Khan.

"Kami belum tahu butiran sepenuhnya, tetapi ini jelas satu serangan yang disengajakan ke atas penduduk London yang tidak berdosa, dengan kebanyakan daripada mereka baru selesai solat dalam bulan Ramadan yang mulia ini."

Beliau berkata: "Walaupun ia kelihatan seperti serangan ke atas satu masyarakat khusus, seperti serangan-serangan dahsyat di Manchester, Westminster dan Jambatan London, ia juga adalah serangan terhadap nilai-nilai toleransi, kebebasan dan sikap hormat yang kami kongsi."

Encik Khan juga menggesa para penduduk London supaya terus bertenang dan berwaspada, sambil berkata Polis Metropolitan London "mengerahkan polis tambahan untuk menenangkan masyarakat, terutama sekali bagi mereka yang sedang berpuasa di bulan Ramadan".

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan