Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ini jawapannya mengapa lantai marmar Makkah terasa sejuk walau dipanah panas terik

Jika anda pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, anda mungkin mendapati tapak kaki anda berasa sejuk sebaik sahaja melangkah masuk ke Masjidil Haram dan di sekitar Kaabah di Makkah.

Anggaran Waktu Membaca:
Ini jawapannya mengapa lantai marmar Makkah terasa sejuk walau dipanah panas terik

Masjidil Haram, Makkah. (Gambar: AMER HILABI / AFP)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 10:45PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 10:47PM

RIYADH: Jika anda pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, anda mungkin mendapati tapak kaki anda berasa sejuk sebaik sahaja melangkah masuk ke Masjidil Haram dan di sekitar Kaabah di Makkah.

Mungkin anda tertanya-tanya, di tengah-tengah cuaca panas terik di Arab Saudi, mengapa agaknya lantai marmar di Masjidil Haram dan sekitar Kaabah masih terasa sejuk?

Pejabat Presiden Ehwal Dua Masjid Suci memberitahu Al Arabiya bahawa sebab utama bagi hal itu ialah jenis marmar yang digunakan.

Menurut Al Arabiya, Saudi mengimport lantai marmar Thassos yang jarang didapatkan dari Greece.

Marmar Thassos dapat memancarkan cahaya matahari dan mengelak haba meresap ke dalam lantai marmar itu pada sebelah siang.

Ada sesetengah pihak yang mendakwa lantai tersebut terasa sejuk kerana paip-paip dengan air sejuk dipasang di sebalik lantai marmar, namun dakwaan itu ditolak oleh pihak berkuasa, menurut Al Arabiya.

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan