Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia tidak akan keluarkan laporan perincian siasatan awal 30 hari nahas pesawat AirAsia

Indonesia tidak akan mengeluarkan kepada orang ramai laporan awal 30 hari yang memberi perincian siasatan terhadap nahas pesawat AirAsia Indonesia bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Jan 2015 06:33PM Dikemas Kini : 21 Jan 2015 08:52PM

JAKARTA: Indonesia tidak akan mengeluarkan kepada orang ramai laporan awal 30 hari yang memberi perincian siasatan terhadap nahas pesawat AirAsia Indonesia bulan lalu.

Nahas itu meragut nyawa semua 162 penumpang dan anak kapal.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional, Tatang Keong, laporan itu hanya akan dikongsi bersama negara-negara yang terlibat.

Para penyiasat dijangka mengemukakan laporan awal kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, atau ICAO awal minggu depan.

Di bawah peraturan ICAO, laporan awal mestilah difailkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh nahas berlaku.

Dalam satu sesi parlimen semalam, Menteri Pengangkutan Ignasius Jonan berkata, berdasarkan data radar, pesawat QZ8501 itu didapati menambah kelajuannya lebih tinggi daripada biasa dan kemudian terhenti.

Para penyiasat juga tidak menemui bukti pengganasan terbabit dalam nahas tersebut.

Sumber : AFP/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan