Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indonesia, S'pura berdepan cabaran lebih rumit hubungan dua hala

Indonesia dan Singapura dijangka berdepan dengan lebih banyak cabaran sukar dan rumit dalam hubungan dua halanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia, S'pura berdepan cabaran lebih rumit hubungan dua hala

Latar langit Singapura yang boleh dilihat dari Batam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Aug 2017 01:58PM Dikemas Kini : 19 Aug 2017 02:00PM

JAKARTA: Indonesia dan Singapura dijangka berdepan dengan lebih banyak cabaran sukar dan rumit dalam hubungan dua halanya.

Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Indonesia Reno Marsudi pada Rabu (16 Ogos).

"Saya menggesa supaya kita terus positif untuk menjadi modus operandi bagi kerjasama kita untuk lagi 50 tahun mendatang," kata Cik Retno dalam satu rakaman video selama tiga minit di laman YouTube kementerian itu.

Oleh itu, beliau menambah, penting untuk kedua-dua negara memperkukuh jalinan hubungan dan bekerjasama lebih rapat untuk menangani sebarang cabaran yang mungkin timbul.

Cik Retno berkata sepanjang kerjasama selama lima dekad, kedua-dua negara sudah maju, bukan setakat mewujudkan kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat, malah ia juga menjadi bahagian penting dalam mengekalkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Tahun ini, Indonesia dan Singapura meraikan Jubli Emas hubungan diplomatik, dengan kemuncaknya pada 7 September nanti apabila Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan lawatan ke Singapura bagi menghadiri Retreat Para Pemimpin yang diadakan setiap tahun.

Semasa retreat itu nanti kedua-dua negara dijangka membincangkan inisiatif-inisiatif baru dalam bidang-bidang seperti pelaburan, penajaman kemahiran, ekonomi digital dan menggalak perkembangan serantau di Indonesia.

Cik Retno turut berkata Indonesia komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan Singapura dari segenap lapisan masyarakat untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah buat rakyat kedua-dua negara.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan