Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia, Malaysia, Filipina lancar rondaan tentera laut; sedang ancaman pengganas kian meningkat

Indonesia, Malaysia dan Filipina memulakan rondaan tentera laut di rantau ini pada hari Isnin (19 Jun) sedang ancaman daripada kumpulan-kumpluan pelampau kian meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2017 06:29PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 09:31PM

TARAKAN: Indonesia, Malaysia dan Filipina memulakan rondaan tentera laut di rantau ini pada hari Isnin (19 Jun) sedang ancaman daripada kumpulan-kumpluan pelampau kian meningkat.

"Rondaan maritim antara ketiga-tiga pihak yang terselaras" dilancarkan di tengah-tengah pertempuran yang berlarutan antara tentera Filipina dan lelaki-lelaki bersenjata yang taat kepada ISIS, yang menakluki sebahagian bandar Marawi yang terletak di Pulau Mindanao.

Ketua tentera Gatot Nurmantyo berkata bahawa rondaan tersebut tepat pada masanya kerana negara beliau cuba menghalang militan-militan dari Marawi melarikan diri ke Indonesia dengan menyamar sebagai pelarian.

Ketiga-tiga negara berjiran itu bersetuju pada Mei tahun lalu untuk menjalankan rondaan secara bersama dan berkongsi matlumat risikan, setelah warga asing diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf, yang berpangkalan di selatan pulau-pulau Filipina yang memenggal kepala beberapa mangsa setelah wang tebusan tidak dibayar.

"Siri serangan lanun dilakukan dengan penculikan yang sering berlaku di Laut Sulu yang menjejas keselamatan di sekeliling ketiga-tiga negara itu dan memaksa kami untuk menjalankan rondaan terselaras antara ketiga-tiga negara," kata Nurmantyo semasa rondaan bersama itu di Tarakan yang terletak dekat Sabah.

Ketiga-tiga negara tersebut juga menubuhkan pusat kawalan maritim di Tarakan bagi Indonesia, Tawau untuk Malaysia dan Bongao bagi Filipina - untuk mengumpul maklumat dan menyelaraskan rondaan.

Ini akan membolehkan kapal ronda yang berada paling dekat dengan mana-mana negara untuk menjawab panggilan kecemasan dan bertindak pantas, kata Nurmantyo.

Majlis pelancaran itu dihadiri menteri-menteri pertahanan dari ketiga-tiga negara tersebut dan bagi merasmikan kerjasama itu, kapal tentera laut Indonesia dan pesawat tentera melakukan terbang lalu menggunakan jet-jet pejuang Sukhoi.  

Sumber : AFP/zz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan