Indonesia kutuk tindakan Israel tutup Masjid Al-Aqsa
Pemerintah Indonesia, iaitu negara dengan penduduk muslim paling ramai di dunia, hari ini (20 Jul) mengutuk keras tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.
JAKARTA: Pemerintah Indonesia, iaitu negara dengan penduduk muslim paling ramai di dunia, hari ini (20 Jul) mengutuk keras tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis.
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Indonesia seperti yang dilaporkan agensi berita China, Xinhua.
"Indonesia prihatin dan mengutuk keras keadaan yang semakin buruk di pekarangan Masjid Al-Aqsa," menurut kenyataan itu lagi.
Israel menutup tapak suci itu dan membangunkan pusat-pusat pemeriksaan serta alat pengesan besi di pintu-pintu masuk di sana setelah tiga Muslim Palestin yang berkerakyatan Israel, menembak mati dua polis Israel pada Jumaat lalu (14 Jul).
Para penyerang tersebut kemudian dibunuh oleh polis Israel dalam kawasan suci tersebut.
Pemerintah Indonesia menggesa Israel supaya mengembalikan kestabilan dan keselamatan di pekarangan Masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu dan jangan mengubah keadaan atau "status quo" di sana.
Masjid al-Aqsa, yang juga dianggap suci bagi masyarakat Yahudi, adalah lokasi paling sensitif di rantau itu.
Pemerintah Indonesia tiada hubungan diplomatik dengan Israel.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.