Images
  • jokowi (1)
    Presiden Joko Widodo. (Gambar: REUTERS/Beawiharta)

Indonesia kirim 34 tan keperluan asas bagi bantu pelarian Rohingya

JAKARTA: Bagi mengurangkan kesengsaraan para pelarian Rohingya, Indonesia hari ini mengirim 34 tan keperluan asas ke Bangladesh seperti beras, khemah, tangki air dan selimut.

Presiden Joko Widodo yang memantau operasi itu menyeru supaya keganasan di wilayah Rakhine segera ditamatkan.

Beliau berjanji akan memberi bantuan kemanusiaan yang besar. Kiriman bantuan pertama ini dilakukan selepas rundingan dengan Myanmar dan Bangladesh.

Agensi pelarian PBB menyatakan lebih 370,000 orang Rohingya kini menjadi pelarian di Bangladesh.

Awal daripada itu, Pemimpin Myanmar, Aug San Suu Kyi, sudah membuat keputusan untuk membatalkan rancangannya menghadiri Perhimpunan Agung PBB lewat bulan ini. Jurucakap beliau tidak mendedahkan alasan pembatalan tersebut.

Namun pemenang Hadiah Nobel Keamanan itu semakin menghadapi tekanan berkaitan krisis kemanusiaan para pelarian Rohingya dari wilayah Rakhine.

- CNA/MA/ur

Komen Anda?

Top