Indonesia, Filipina lancar laluan baru perkapalan untuk rangsang dagangan
Presiden Indonesia Joko Widodo tiba di Davao dari Manila pagi tadi (30 Apr) untuk melancarkan laluan baru perkapalan itu bersama Presiden Rodrigo Duterte.
FILIPINA: Indonesia dan Filipina melancarkan satu laluan baru perkapalan antara kedua-dua negara.
Presiden Indonesia Joko Widodo tiba di Davao dari Manila pagi tadi (30 Apr) untuk melancarkan laluan baru perkapalan itu bersama Presiden Rodrigo Duterte.
Laluan tersebut, antara Davao dengan Sulawesi Utara, akan mengurangkan masa pelayaran kapal antara dua tempat itu daripada lima minggu kepada hanya tiga hari.
Ini diharap dapat meningkatkan perdagangan antara Indonesia dengan Filipina.
Presiden Joko Widodo berkata perdagangan dua hala, naik 30% tahun lalu.
Beliau berharap laluan baru perkapalan itu dapat meningkatkan lagi hubungan ekonomi Filipina-Indonesia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.