Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indonesia berusaha gantikan kelapa sawit dengan tanaman lebih mesra sekitaran

Kesannya- pihak berkuasa kini berusaha menggantikan kelapa sawit dengan tanaman yang lebih mesra sekitaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Mar 2017 07:18PM Dikemas Kini : 25 Mar 2017 10:50PM

RIAU, INDONESIA: Minyak kelapa sawit membentuk kira-kira 13% pendapatan eksport Indonesia tahun lalu.

Namun kerosakan ke atas sekitaran berpunca daripada ladang-ladang kelapa sawit semakin mencabar industri tersebut.

Kesannya- pihak berkuasa kini berusaha menggantikan kelapa sawit dengan tanaman yang lebih mesra sekitaran.

Pokok sagu tumbuh meluas di Sungai Tohor, Meranti, di wilayah Riau.

Pihak berkuasa Indonesia kini berusaha menjadikannya tanaman alternatif kepada kelapa sawit di tanah gambut.

Bahkan pokok sagu boleh juga digunakan sebagai bahan api, selain menjadi bahan makanan.

Maka tidak hairanlah, selain Riau, pokok itu juga kian mendapat perhatian di wilayah-wilayah lain Indonesia seperti di Kalimantan Tengah.

Penduduk tempatan, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan air meminta bantuan pihak berkuasa tentang bagaimana menanam sagu, dengan harapan, membangunnya sebagai satu perusahaan.

"Desa Kelanis cukup luas juga wilayahnya. Boleh dikerjakan. Sementara ini, hutan ini tidak ada pengelolaan yang sempurna. Jadi bagaimana cara mengembangkannya sehingga boleh menghasilkan untuk kesejahteraan masyarakat," ujar seorang petani Arbani.

Agensi Pemulihan Tanah Gambut mengatakan penanaman sagu secara meluas di tanah gambut akan mengambil masa kerana kajian lanjut perlu dilakukan untuk memperbaiki sistem perladangan dan pengurusan air.

Sagu dianggap alternatif yang baik kepada ladang kelapa sawit yang mengundang kaedah pembakaran, lantas menyebabkan keadaan jerebu.

Namun, adalah satu cabaran untuk menggantikan kelapa sawit, sedangkan Indonesia merupakan negara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan