Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India putuskan, cerai dengan sebut ‘talak’ 3 kali adalah ‘tidak sah’

Ia pernah dikemukakan di mahkamah-mahkamah rendah tetapi kali pertama Mahkamah Tinggi India mempertimbangkan jika tiga talak itu sah.

Anggaran Waktu Membaca:
India putuskan, cerai dengan sebut ‘talak’ 3 kali adalah ‘tidak sah’

Golongan wanita yang membantah dengan penceraian melalui menyebut 'talak' tiga kali. (Gambar: AFP/SAM PANTHAKY)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 09:15PM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 09:21PM

NEW DELHI: Mahkamah Tinggi India pada Selasa (22 Ogos) memutuskan bahawa menceraikan isteri dengan setakat berkata ‘talak’ tiga kali (talak, talak, talak) adalah “tidak mengikut perlembagaan”.

Para mangsa penceraian yang disebut ‘tiga talak’, sebelum ini, menggesa Mahkamah Tinggi mengharamkan perkara itu.

Tiga talak diharamkan di beberapa negara Islam lain, termasuk Pakistan dan Arab Saudi.

Beberapa cendekiawan Islam juga berkata penceraian tiga talak tidak dinyatakan di al-Quran, yang sebaliknya menyatakan proses yang berbeza bagi penceraian berdasarkan pengantaraan.

Ia “tidak bersepadu dengan amalan agama dan melanggar prinsip moral perlembagaan”, kata panel hakim Mahkamah Tinggi itu.

Kelima-lima hakim adalah daripada agama-agama utama India- Hindu, Kristian, Islam, Sikh dan Majusi.

Dalam membuat keputusan itu, mereka berkata ia adalah “ternyata sewenang-wenangnya” untuk membenarkan seseorang lelaki “memusnahkan (satu) perkahwinan secara pelik dan tidak menentu”.

“Apa yang dosa di sisi agama tidak boleh disahkan di sisi undang-undang,” kata mereka.

Lembaga Undang-Undang Masyarakat Islam Seluruh India (AIMPLB), sebuah kumpulan pertubuhan-pertubuhan Islam, menentang sebarang usaha mengharamkan tiga talak.

Ia pernah dikemukakan di mahkamah-mahkamah rendah tetapi kali pertama Mahkamah Tinggi India mempertimbangkan jika tiga talak itu sah.

Sumber : Agensi berita/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan