Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu yang gantung buaian anak dalam MRT dikecam

Membawa kereta sorong ke dalam pengangkutan awam mungkin sudah menjadi kebiasaan, tetapi membawa buaian anak dan menggantungnya di dalam MRT ternyata bukan suatu yang lumrah dilihat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu yang gantung buaian anak dalam MRT dikecam

(Gambar: Nana Abd Rashid/Facebook)

Diterbitkan : 25 Jul 2017 10:59PM Dikemas Kini : 25 Jul 2017 11:04PM

PETALING JAYA: Membawa kereta sorong ke dalam pengangkutan awam mungkin sudah menjadi kebiasaan, tetapi membawa buaian anak dan menggantungnya di dalam MRT ternyata bukan suatu yang lumrah dilihat.

Dalam sebuah laporan mStar, para penumpang terkejut apabila seorang ibu bertindak menggantung buaian anaknya pada senggayut pemegang tempat berdiri.

Gambar tindakan pelik ibu kanak-kanak itu turut menular dan dikecam pengguna media sosial baru-baru ini.

Seorang pengguna Facebook, Nana Abd Rashid, seperti dipetik mStar, berkongsi status mengenai peristiwa itu yang disifatkan sebagai amat memalukan.

"Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto skali naik MRT. Tolonglah kak, jangan bagi malu. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pula dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapa ,kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT... alahai...," tulisnya di Facebook.

Menurut mStar, Transit Aliran Massa (MRT) menyifatkan tindakan ibu itu sebagai amat membahayakan.

Pihak tersebut dalam satu kenyataan turut menasihati semua penumpang supaya menjaga keselamatan apabila menggunakan perkhidmatan itu dan tidak merosakkan kemudahan disediakan.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan