Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu tinggalkan 2 anak - 6 tahun & 2 bulan - untuk isi minyak tapi tak kembali

Seorang budak lelaki kecil bersama adiknya yang masih lagi bayi – baru berusia dua bulan – dilihat terbiar di tempat awam dan kejadian ini mendapat perhatian orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu tinggalkan 2 anak - 6 tahun & 2 bulan - untuk isi minyak tapi tak kembali

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 19 Jun 2017 11:59PM Dikemas Kini : 20 Jun 2017 12:06AM

VIETNAM: Seorang budak lelaki kecil bersama adiknya yang masih lagi bayi – baru berusia dua bulan – dilihat terbiar di tempat awam dan kejadian ini mendapat perhatian orang ramai.

Ini setelah mereka mendapat tahu ibu pasangan adik beradik itu meninggalkan mereka pada awal pagi dan ketika keadaan masih gelap untuk mengisi minyak motosikal, namun dia tidak kembali lagi, lapor Daily Mail.

Para penduduk begitu terkejut mendapati seorang bayi yang ditutupi selimut sedang berbaring di dalam sebuah bekas plastik berwarna merah di Hanoi.

Abangnya yang berusia enam tahun dilihat duduk bersebelahan adiknya dalam keadaan menangis.

Ibu mereka dikatakan memberitahu kedua orang anaknya bahawa dia akan pergi mengisi minyak motorsikal sebelum meninggalkan mereka pada pukul 5.00 pagi. Namun kelibatnya langsung tidak kelihatan selepas itu.

Polis dimaklumkan tentang insiden itu dan pihak berkuasa gigih memburu ibu bapa pasangan adik beradik itu.

Seorang penduduk tempatan, Nhu Goc, berkata: "Awal pagi ini, seorang bayi berusia dua bulan dan abangnya ditinggalkan di tepi jalan. Bayi itu sudahpun dikejarkan ke sebuah hospital namun sesiapa yang mempunyai maklumat tentang ibu bapa mereka perlu menghubungi penjaga sementara mereka."

"Kami berharap para penderma boleh membantu bayi ini. Kami tidak faham mengapa seseorang tergamak meninggalkan mereka seperti itu. Terdapat risiko mereka diculik dan dijual," tambah Encik Nhu Goc.

Timbalan Pengarah Lembaga Pengarah Kampung Belia Thu Duc, Nguyen Thi Hong Chau berkata bahagian Perlindungan kanak-kanak terdengar suara kanak-kanak menangis berdekatan pintu utama kampung Vo Van Ngan.

"Seorang budak berusia enam tahun dalam keadaan cemas, duduk dan menangis dengan kuat, bersebelahan seorang bayi berusia dua bulan yang diletakkan di dalam bekas plastik merah.

"Budak lelaki itu menceritakan, semasa keadaan masih gelap, ibu mereka yang menumpang sebuah motosikal meninggalkan mereka di tepi jalan. Beliau memberitahu mereka beliau pergi mengisi minyak motorsikal namun tidak kembali," ujar Encik Nguyen seperti yang dipetik Daily Mail.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan