Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu sembur ubat nyamuk, aniaya anak sampai mati kerana selalu "ngompol"

Hanya kerana anaknya yang berusia lima tahun kencing di tempat tidur, Novi Wanti, 26 tahun, mendera anaknya sehingga mati.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu sembur ubat nyamuk, aniaya anak sampai mati kerana selalu "ngompol"

(Gambar: Ryan Zhazien/ Facebook)

Diterbitkan : 13 Nov 2017 07:36PM Dikemas Kini : 13 Nov 2017 09:05PM

JAKARTA: Hanya kerana anaknya yang berusia lima tahun kencing di tempat tidur, Novi Wanti, 26 tahun, mendera anaknya sehingga mati.

Penganiayaan itu dilakukan di rumah sewanya di Kebon Jeruk, Jakarta Barat. Novi memukul anaknya dengan sapu lidi, mencubit, menampar, menutup muka dengan plastik dan mengikat tali rafia pada leher mangsa, kata ketua polis tempatan, Kombes Roycke Langie kepada agensi berita Tribunews.

"Menurut saksi, Novi mengikat kaki anaknya dengan tali sebelum menyembur racun serangga ke wajahnya. Selepas itu, Novi menutup kepala anaknya dengan beg plastik supaya anaknya berhenti menangis," jelas Encik Roycke tentang garis masa kejadian yang berlaku pada 11 November. Kanak-kanak tersebut disahkan mati di hospital.

AWALNYA HANYA INGIN MENGHUKUM, EMOSI KERANA FAKTOR LAIN

Novi sudah mengaku bahawa keterangan saksi semuanya benar. Menurut Novi, dia pada mulanya hanya ingin menghukum anaknya.

"Tidak hanya itu, sikap anaknya yang kebelakangan ini semakin tidak mahu turut ibunya menjadi alasan tambahan Novi menyeksa (anaknya)," tambah Encik Roycke.

Masalah kewangan Novi sebagai seorang ibu tunggal juga dikatakan membuatnya berasa tertekan lalu melakukan penganiayaan itu. Dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan terpaksa menanggung kehidupan anaknya dengan mengambil upah cuci pakaian tetangga.

Jika bersabit kesalahan, Novi boleh dipenjara sehingga 15 tahun.  

(Gambar: Warta Kota/ Facebook) 

Garis masa kejadian. (Gambar: Warta Kota/ Facebook) 

ANAK MUDAH JADI SASARAN

Mengulas tentang kejadian seperti ini, seorang pegawai pertubuhan perlindungan kanak-kanak, Encik Reza Indragiri Amriel memberitahu agensi berita Tribunews bahawa kanak-kanak sering dijadikan mangsa kekerasan apabila sebuah keluarga menghadapi pelbagai masalah.

Anak, menurutnya, menjadi sasaran yang mudah sebagai pengganti rasa kesal dan marah orang tua.

"Sasaran mudah di dalam rumah itu adalah anak," kata Encik Reza.

NOVI AKAN JALANI PEMERIKSAAN PSIKOLOGI

Dalam laporan agensi berita Kompas pula, Novi dikatakan akan menjalani pemeriksaan psikologi. Ini memandangkan orang-orang di sekitar Novi mengatakan bahawa dia normal tetapi kejadian sepertinya berlaku di luar jangkaan.

Sewaktu kejadian, Novi membawa sendiri anaknya ke hospital melalui khidmat 'ojek'.

Encik Mariono, berusia 40 tahun, pemandu ojek yang membawa mereka ke hospital berkata bahawa anak malang itu berada dalam keadaan sangat lemah ketika dalam perjalanan ke hospital.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan