Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu pejabat kempen Hillary Clinton dikosongkan selepas serbuk putih ditemui

Ibu pejabat kempen calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Democratic Hillary Clinton dikosongkan malam semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat kempen Hillary Clinton dikosongkan selepas serbuk putih ditemui

Calon presiden Demokrat AS Hillary Clinton. (Gambar: REUTERS/Shannon Stapleton)

Diterbitkan : 22 Oct 2016 02:53PM Dikemas Kini : 22 Oct 2016 02:54PM

AMERIKA SYARIKAT: Ibu pejabat kempen calon Presiden Amerika Syarikat dari parti Democratic Hillary Clinton dikosongkan malam semalam (21 Okt) selepas serbuk putih ditemui dalam sampul surat, menurut polis.

Bahan itu pertama kali ditemui oleh dua intern di pejabat di Manhattan dan dibawa ke ibu pejabat Cik Clinton di Brooklyn, menyebabkan tingkat 11 bangunan itu dikosongkan, kata seorang jurucakap Jabatan Polis New York.

Secara keseluruhannya empat orang terdedah kepada bahan itu, menurut polis sambil menambah bahawa tiada kecederaan atau insiden jatuh sakit dilaporkan.

Polis sedang menguji bahan itu dan menyiasat kes berkenaan.

Maklumat lanjut tidak dapat diberikan buat masa ini. 

Sumber : Reuters/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan