Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ibu ngaku lemaskan 3 bayinya, dibalut plastik & dimasukkan dalam penyejuk beku

Seorang wanita berusia 50 tahun mengaku melemaskan tiga bayinya setelah mereka dilahirkan. Pengakuan dibuat dua hari selepas mayat bayi-bayi itu dijumpai.

Anggaran Waktu Membaca:
Ibu ngaku lemaskan 3 bayinya, dibalut plastik & dimasukkan dalam penyejuk beku

Foto hiasan. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

Diterbitkan : 16 Jul 2017 10:13PM Dikemas Kini : 16 Jul 2017 10:16PM

PERANCIS: Seorang wanita berusia 50 tahun mengaku melemaskan tiga bayinya setelah mereka dilahirkan. Pengakuan dibuat dua hari selepas mayat bayi-bayi itu dijumpai.

Wanita itu mengaku dia adalah ibu kepada tiga bayi tersebut, melemaskan mereka dengan bantal, kemudian membalut tubuh mereka dengan beg plastik sebelum memasukkan mereka di dalam penyejuk beku atau ‘freezer’ dan membiarkan mereka begitu selama sedekad, kata pihak pendakwa Lauraline Peyrefitte.

“Siasatan forensik pertama menunjukkan, bayi-bayi itu dilahirkan hidup. Hasil bedah siasat dan pemeriksaan perubatan tambahan ke atas ketiga-tiga bayi masih belum dikeluarkan,” kata Cik Peyrefitte.

Berdasarkan keterangan ibu ketiga-tiga bayi tersebut, dia melahirkan anak-anaknya ketika bersendirian di rumah lamanya yang terletak di bahagian barat Lorient, Perancis pada tahun 1998, 1999 dan sekali lagi pada tahun 2003.

Setiap kali selepas melahirkan, dia “melemaskan bayi-bayinya dengan menggunakan bantal, meletakkan mereka di dalam beg plastik sebelum memasukkan mereka di dalam penyejuk beku,” menurut Cik Peyrefitte.

Cik Peyrefitte kemudian berkata wanita itu sudah didakwa atas tuduhan membunuh dan ditahan. Dia boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Menurut siasatan polis, bekas rakan sekerja wanita berkenaan adalah bapa kepada ketiga-tiga bayi tersebut.

Sebelum ini terdapat beberapa kes yang serupa melibatkan rakyat Perancis.

Salah satu daripadanya adalah kes Jean-Louis Courjault, yang menjumpai mayat dua bayi yang dimasukkan ke dalam penyejuk beku di rumah mereka di Seoul oleh isterinya Veronique pada tahun 2006.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan selepas Encik Courjault kembali ke Perancis di mana isteri beliau dan anak-anak mereka yang lain sedang bercuti.

Veronique, yang mengaku melakukan pembunuhan bayi ketiga pada tahun 1999, dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun pada 2009 namun dibebaskan beberapa bulan selepas itu.

Dalam satu lagi kes pada bulan Mac 2015, seorang lelaki berusia 40 tahun menjumpai mayat lima bayi milik pasangannya di bahagian selatan Louchats.

Sumber : AFP/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan