Images
  • crash
    (Gambar: dailystar.co.uk)

Helikopter AS meletup di pulau Okinawa

OKINAWA: Sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat meletup dan terbakar selepas membuat pendaratan cemas di selatan pulau Okinawa,Jepun.

Mujur, tiada orang cedera. Namun, pihak berkuasa Jepun meminta tentera Amerika Syarikat supaya memberikan laporan penuh dan mengambil langkah-langkah bagi mencegah kemalangan serupa.

Pendaratan cemas itu berlaku tengah hari semalam dan helikopter yang terjejas berpangkalan di Stesen Marine Corps Futenma Air. Siasatan sedang dijalankan.

Jumlah kemalangan melibatkan helikopter tentera Amerika Syarikat meningkat.

Pada Disember tahun lalu, lima kakitangan yang menaiki helikopter Marin Amerika Syarikat cedera dalam satu kemalangan.

Pihak berkuasa Jepun menggesa Amerika Syarikat supaya lebih berhati-hati apabila menjalankan operasi. 

- Agensi berita/NU/aq

Komen Anda?

Top