Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hati-hati! Produk kesihatan PURE STEVIA tidak mengandungi stevia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula rencana bertajuk "Awas Stevia Palsu" yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian Malaysia bertarikh 27 Mac 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati! Produk kesihatan PURE STEVIA tidak mengandungi stevia

Produk Pure Stevia yang didapati tindak mengandungi stevia. (Gambar: Pure Stevia/Facebook)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 03:09PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 03:13PM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merujuk semula rencana bertajuk "Awas Stevia Palsu" yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian Malaysia bertarikh 27 Mac 2017.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan ke atas produk stevia di pasaran. Hasil pemantauan mendapati satu sampel berjenama PURE STEVIA keluaran syarikat VJS Cosmo Ent. tidak mengandungi stevia.

Sehubungan itu, KKM mengarahkan syarikat terlibat supaya menarik balik produk tersebut dari pasaran dan tindakan mahkamah akan diambil ke atas syarikat berkenaan di bawah Akta Makanan 1983.

KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk stevia dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil serta pengguna akan dimaklumkan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. 

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan