Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hati-hati apabila muat naik, kongsi gambar anak di media sosial!

Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah. Anak anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Hati-hati apabila muat naik, kongsi gambar anak di media sosial!

Gambar: REUTERS/Dado Ruvic

Diterbitkan : 24 Mar 2017 01:13PM Dikemas Kini : 24 Mar 2017 01:18PM

KUALA LUMPUR: Keterujaan ibu bapa memuat naik gambar anak mereka di media sosial boleh mengundang padah. Anak anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual.

Dermikian menurut Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang sendiri menyuarakan nasihat agar ibu bapa berhati-hati apabila berkongsi gambar-gambar anak kecil mereka di media sosial.

Ini kerana ada kecenderungan pihak tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakan gambar-gambar tersebut.

Gambar kanak-kanak di media sosial yang dikongsikan oleh ibu bapa mereka berpotensi menarik perhatian penjenayah seksual.

"Berdasarkan maklumat yang kita perolehi, gambar-gambar ini akan disalurkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ke dalam laman web kumpulan pedofil, "katanya, dengan merujuk kepada kumpulan pedofil tempatan yang terdedah di aplikasi mesej Telegram beberapa bulan lalu.

Ibu bapa mungkin memuatnaikkan gambar anak mereka sebagai tanda kegembiraan tetapi gambar itu berkemungkinan dimuatkan dalam halaman kumpulan seks pedofil.

Sebaik sahaja gambar kanak-kanak ini tersebar di media sosial dengan pesalah seks, ia akan menjadi sukar untuk mencari asal-usulnya.

Noor Afidah Abu Bakar dari Parent Connect Consultancy turut berkongsi pendapat di blognya mengenai pedofilia dan keselamatan anak-anak dalam blognya.

Antara lain beliau menyentuh mengenai ciri-ciri pedofilia iaitu seorang dewasa atau remaja yang mempunyai kecenderungan dan keinginan seksual terhadap kanak-kanak.

Noor Afidah menarik perhatian pembaca blognya kepada pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin pada 2007.

Setelah 10 tahun berlalu, pedofil tersebut masih bebas dan ia membuktikan sekurang-kurangnya seorang pedofil tegar masih bebas di luar sana.

"Dia mungkin adalah 'friend' Facebook kita, dia mungkin seorang 'jaga' di apartmen kita, dia mungkin juga peniaga kantin sekolah anak kita dan sudah pastinya saudara-mara salah seorang daripada kita.

"Pelbagai kemungkinan," catat Noor Afidah di dalam tulisannya bertajuk 'Pedofila: Perlukah Kita Kisah?

Banyak lagi tulisan serta teguran yang dihasilkan pelbagai pihak bagi memberi kesedaran kepada ibu bapa, penjaga mahu pun guru-guru tadika atau sesiapa sahaja yang terlibat sebagai penjaga kanak-kanak.  

Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan