Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Haramkan hukuman dera di sekolah, gesa Unicef setelah kematian pelajar tahfiz

Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa Malaysia melarang hukuman dera di sekolah-sekolah, sehari setelah kematian seorang pelajar lelaki yang didakwa didera di sebuah sekolah tahfiz.

Anggaran Waktu Membaca:
Haramkan hukuman dera di sekolah, gesa Unicef setelah kematian pelajar tahfiz

Gambar hiasan. (Gambar: The Malaysian Insider)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 10:39PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 10:42PM

KUALA LUMPUR: Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa Malaysia melarang hukuman dera di sekolah-sekolah, sehari setelah kematian seorang pelajar lelaki yang didakwa didera di sebuah sekolah tahfiz.

Pelajar tahfiz, yang berusia 11 tahun itu meninggal dunia pada Rabu (26 Apr), beberapa hari setelah kedua-dua kakinya dipotong disebabkan jangkitan bakteria setelah Allahyarham didakwa disebat dengan getah paip di sebuah sekolah asrama Islam pada bulan lalu.

Polis sudahpun menahan penolong warden, yang didakwa menyebat Allahyarham dan beberapa pelajar lain sebagai denda.

Wakil Unicef di Malaysia, Cik Marianne Clark-Hattingh berkata hari ini (27 Apr) hukumen dera adalah bentuk denda yang dikenakan ke atas kanak-kanak di Malaysia.

Menurut beliau, kematian pelajar itu adalah "peringatan penting" tentang kesan negatif hukuman dera dan keganasan yang dijadikan bentuk disiplin.

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan