Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hanya orang Melayu warga M'sia dibenar masuk kedai di Johor Bahru ini

Sebuah kedai di Larkin Perdana, Johor Bahru mencetuskan kontroversi selepas ia menayangkan notis di tempat masuknya yang menyatakan hanya orang Melayu warga Malaysia dibenarkan masuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Hanya orang Melayu warga M'sia dibenar masuk kedai di Johor Bahru ini

Tanda yang diletakkan di luar kedai yang menunjukkan hanya untuk pelanggan Melayu. (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 10 Nov 2017 08:23PM Dikemas Kini : 10 Nov 2017 08:26PM

JOHOR BARU: Sebuah kedai di Larkin Perdana, Johor Bahru mencetuskan kontroversi selepas ia menayangkan notis di tempat masuknya yang menyatakan hanya orang Melayu warga Malaysia dibenarkan masuk.

Demikian menurut laporan akhbar China Press yang menambah bahawa kedai tersebut, yang menjual barangan kesihatan dari Jepun dan produk-produk rumah. Kedai itu juga dikatakan hanya menggunakan Bahasa Malaysia dalam menjalankan "aktiviti promosinya".

Nama kedai tersebut tidak didedahkan dalam laporan itu.

Menurut akhbar itu lagi, notis dalam bahasa Melayu dan Mandarin ditampal di luar kedai tersebut dengan menyatakan "Harap maklum bahawa kami hanya menggunakan bahasa Melayu dalam semua aktiviti promosi. Hanya warganegara Malaysia berbangsa MELAYU dibenarkan masuk. Kami minta maaf bagi segala kesulitan."

Sementara itu, dalam bahasa Mandarin pula ia berbunyi: "Pelanggan Cina digalakkan untuk mencari lokasi cawangan yang memenuhi keperluan pelanggan Cina daripada pengurus kedai dan mengunjungi cawangan tersebut."

Pengurus cawangan tersebut memberitahu China Press bahawa syarikat tersebut, yang mempunyai jumlah pelanggan Cina yang banyak, sedang mengembangkan pemasarannya untuk merangkumi lebih ramai pelanggan Melayu dan India.

Dengan itu, ia membuka cawangan di Ipoh, Kuala Lumpur dan Johor yang hanya menggunakan Bahasa Malaysia untuk berkomunikasi.

Pengurus tersebut, ditukil dalam akhbar China Presssebagai mengatakan bahawa syarikatnya itu tidak mempraktikkan "diskriminasi kaum" kerana mereka mempunyai cawangan lain di Johor dan negeri-negeri lain yang khusus untuk bangsa Cina.

Meskipun beliau bimbang mengenai pembukaan kedai sebegitu yang terletak di Larkin, yang kebanyakan penduduknya bangsa Melayu, beliau mengatakan bahawa ia merupakan strategi pemasaran syarikatnya dan bukan bertujuan untuk mengasingkan pelanggan Cina.

Bulan lalu, Sultan Johor mengancam untuk menutup kedai dobi di Muar selepas ia meletakkan tanda di luar kedainya yang berbunyi "Hanya untuk Muslim". 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan