Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hafizh Syahrin duduki tempat ketiga GP San Marino

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatat masa 51 minit:47.584 saat dalam perlumbaan 26 pusingan dengan keadaan litar yang basah . 

Anggaran Waktu Membaca:
Hafizh Syahrin duduki tempat ketiga GP San Marino
Diterbitkan : 11 Sep 2017 08:28AM Dikemas Kini : 11 Sep 2017 08:33AM

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 dari Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mempamerkan tunggangan cemerlang pada Ahad (10 Sep) dengan menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam kategori Moto2 dalam Grand Prix San Marino di litar Misano, Itali.

Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatat masa 51 minit:47.584 saat dalam perlumbaan 26 pusingan dengan keadaan litar yang basah.

Dua pelumba Switzerland, Dominique Aegerter daripada Kiefer Racing memenangi tempat pertama kategori itu dengan masa 51 minit:39.709 dan Thomas Luthi daripada CarXpert Interwetten, di tempat kedua dengan perbezaan masa 1.400 saat.

Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi daripada Idemitsu Honda Team Asia mencatatkan keputusan terbaiknya musim ini di tempat kesembilan daripada 16 pelumba selepas ketinggalan 1 minit:01.495 saat di belakang Aegeter.

Dalam pada itu, Hafizh Syahrin bersyukur dengan kejayaannya meraih kedudukan podium buat kali kedua selepas kali terakhir meraih tempat ketiga pada 2012 di Litar Antarabangsa Sepang.

“Syukur ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan ini. Terima kasih kepada kru teknikal yang bekerja keras pada minggu ini dan saya bawa kejayaan Malaysia muncul juara keseluruhan Sukan SEA 2017, baru-baru ini ke dalam perlumbaan.

Saya buktikan saya mampu meraih kejayaan seperti atlit negara yang lain. Terima kasih kepada keluarga, peminat dan kawan-kawan saya serta pengurus saya yang banyak memberi sokongan kepada saya selama ini,” kata anak jati Selangor itu kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp.

Kejayaannya semalam (10 Sep) membolehkan Hafizh Syahrin mengutip 16 mata untuk berada di tangga ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2 dengan kutipan 66 mata selepas 13 pusingan perlumbaan musim ini.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan