Images
  • abdul hadi awang
    Gambar fail Presiden PAS Abdul Hadi Awang. (Gambar: AFP)

Hadi Awang dilaporkan stabil selepas jalani pembedahan injap jantung

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan injap jantung selama tiga jam, awal pagi tadi.

Pembedahan dijalankan berikutan dengan keadaan Hadi Awang yang mengalami peningkatan pada tanda- tanda akibat kebocoran injap jantung yang menjejaskan aktiviti harian, di mana beliau dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan berkenaan, menurut laporan daripada laman Berita Harian Malaysia.

Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ahli parlimen Marang, kini dirawat di ICU di mana keadaannya akan dipantau untuk beberapa hari, dengan mengikut pada rutin yang harus dipatuhi selepas prosedur pembedahan.

"Tempoh 48 jam akan datang adalah tempoh penting dalam penjagaan selepas pembedahan dan beliau akan berada di bawah pemerhatian ICU oleh sepasukan doktor dan jururawat," menurut kenyataan itu, yang dipetik oleh Berita Harian Malaysia.

Pembedahan dijalankan oleh sepasukan doktor diketuai oleh Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IJN, Mohd Azhari Yakub; Ketua Pembedahan Kardiotorasik, Dr Jeffrey Jeswant Dillon dan Timbalan Ketua Jabatan Anestesiologi, Dr Suhaini Kadiman. Menurut laporan Berita Harian Malaysia, doktor berpuas hati dengan perkembangan Hadi Awang yang dilaporkan stabil dan dinasihatkan tidak boleh menerima pelawat kecuali ahli keluarga terdekat. 

- Agensi Berita/ur

Komen Anda?

Top