Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru tarik rambut pelajar berkeperluan khas, seretnya di lantai

Seorang guru dilihat menghimpit pelajarnya yang berkeperluan khas ke lantai, menarik rambutnya dan mengheretnya, dalam sebuah video yang dimuat naik ke Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru tarik rambut pelajar berkeperluan khas, seretnya di lantai

Seorang guru di Amerika Syarikat dirakam menarik rambut pelajarnya dan menyeretnya di lantai. (Gambar: Facebook/Kesha Williams)

Diterbitkan : 05 Dec 2016 12:31AM Dikemas Kini : 05 Dec 2016 12:44AM

MISSISSIPPI, AMERIKA SYARIKAT: Seorang guru dilihat menghimpit pelajarnya yang berkeperluan khas ke lantai, menarik rambutnya dan mengheretnya, dalam sebuah video yang dimuat naik ke Facebook.

Sebuah lagi video yang turut dirakamkan oleh telefon bimbit itu juga menunjukkan guru terbabit, Linda Winters-Johnson, 53 tahun, memukul kepala pelajar perempuan itu dengan termos, lapor Huffington Post.

Menurut WAPT Channel 16, insiden itu berlaku di Sekolah Tinggi Greenville di Mississippi pada 21 September lalu.

THIS SHIT JUST PISSED ME OFF THE CHILDREN T GREENVILLE HIGH CAUGHT ONE OF THE SPECIAL NEED STUDENTS GETTING TREATED LIKE THIS YALL SHARE SHE NEED TO BE FIRED licensing@viralhog. com

Posted by Kesha Williams on Thursday, 6 October 2016

DIPECAT, DIARAH KE MAHKAMAH

Winters-Johnson dilaporkan sudah dipecat dari jawatannya sebagai guru pelajar berkeperluan khas pada 17 Oktober.

Menurut Peguam Negara Daerah Washington DeWayne Richardson, Winters-Johnson sudah dikenakan dakwaan mendera seorang yang lemah dan diarahkan menghadap mahkamah untuk dibicarakan.

SUPERINTENDAN "TIDAK BERTERUS TERANG TENTANG INSIDEN"

Sementara itu, lembaga sekolah itu dikatakan mengambil tindakan disiplin terhadap seorang lagi kakitangan, sementara Superintendan Sekolah-Sekolah Awam Greenville, Leeson Taylor II ,diarahkan mengambil cuti berbayar.

Menurut Associated Press, para pegawai lembaga sekolah itu berkata Taylor tidak berterus terang tentang betapa dahsyatnya insiden tersebut.

“Kami mendapat notis, namun lembaga tidak diberitahu tentang betapa teruknya insiden itu. Ini sehinggalah video itu tersebar di Facebook,” kata Presiden Lembaga, Loretta Shannon kepada AP.

Jabatan Pendidikan Mississippi kini dalam proses untuk melucutkan lesen guru Winters-Johnson, menurut Huffington Post.

Winters-Johnson belum ditangkap dan dijadualkan dihadapkan ke mahkamah pada 13 Disember.

Jika didapati bersalah mendera individu yang lemah, dia boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga AS$1,000 (S$1,430).

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan