Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guru agama ditembak mati selepas solat tarawih

Seorang lagi penyerang melakukan tindakan susulan dengan melepaskan tembakan di bahagian kepala mangsa dan membunuhnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Guru agama ditembak mati selepas solat tarawih

Gambar hiasan. (Gambar: Scott Olson/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 04:42PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 04:46PM

PATTANI: Seorang guru agama maut manakala anak lelakinya cedera parah ditembak sekumpulan lelaki tidak dikenali di daerah Nongchik, sebuah wilayah selatan Thailand malam Selasa (20 Jun), selepas mereka menunaikan solat Tarawih.

Kejadian yang mengorbankan Awae Taksatu, 55 tahun, dan mencederakan anaknya Atif, 12 tahun, itu berlaku di Sekolah Agama Mulniti Chumchon Islam Suksa, Kampung Pulut Puyo pada 9.35 malam waktu tempatan.

"Dalam kejadian itu isteri mangsa terselamat," kata Penolong Ketua Bahagian Siasatan Polis Nongchik, Kapten Sarawuth Nucharang hari ini dan menambah, mangsa ditembak di bahagian kepala dan dada.

Menurut Sarawuth, lima lelaki bertopeng menunggu di luar masjid yang terletak dalam sekolah agama itu dan melepaskan tembakan yang mengenai dada mangsa ketika beliau cuba melarikan diri menyebabkannya terjatuh.

Seorang lagi penyerang melakukan tindakan susulan dengan melepaskan tembakan di bahagian kepala mangsa dan membunuhnya.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan