Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Shinmoe di Jepun meletus hari ini

Di barat daya Jepun, gunung berapi Shinmoe meletus hari ini (11 Oct) menyemburkan kepulan asap dan debu tebal setinggi 300 meter.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Oct 2017 07:59PM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 10:43PM

KIRISHIMA: Di barat daya Jepun, gunung berapi Shinmoe meletus hari ini (11 Oct) menyemburkan kepulan asap dan debu tebal setinggi 300 meter.

Pihak berkuasa mengarahkan para penduduk sekitarnya di kawasan Kirishima supaya menjauhi gunung ini.

Sejak awal pagi semalam, Agensi Kaji Cuaca Jepun menaikkan amarannya ke tahap tiga daripada lima tahap bahaya.

Agensi itu menyatakan letusan Shinmoe dijangka berterusan dan mungkin menjadi lebih aktif. Debunya pula boleh menyebar sejauh dua kilometer daripada kawahnya.

Letusan gunung Shinmoe hari ini adalah yang pertama dalam masa kira-kira enam tahun.

Sebelum itu 90 gegaran kecil dikesan berhampiran gunung ini pada Khamis lalu.

Sumber : Agensi berita/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan