Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gunung Agung pada paras waspada tertinggi, ribuan penduduk Bali dipindahkan

Beribu-ribu penduduk dipindahkan daripada kampung-kampung berhampiran gunung berapi yang aktif di pulau Bali, menurut para pegawai pada hari Jumaat (22 Sep), apabila status berjaga-jaga dinaikkan ke paras tertinggi. Ini bermakna gunung berapi itu mungkin meletus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Sep 2017 08:35AM Dikemas Kini : 23 Sep 2017 11:44PM

DENPASAR: Beribu-ribu penduduk dipindahkan daripada kampung-kampung berhampiran gunung berapi yang aktif di pulau Bali, menurut para pegawai pada hari Jumaat (22 Sep), apabila status berjaga-jaga dinaikkan ke paras tertinggi. Ini bermakna gunung berapi itu mungkin meletus.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada pelancong dan penduduk supaya jangan berkhemah atau melakukan pendakian dalam radius 9km dari kawah gunung itu kerana gegaran seismik sudah dapat dirasakan di beberapa kawasan dan kepulan asap sudah kelihatan di salah satu tempat pelancongan yang paling popular di dunia itu.

"Aktiviti gunung berapi masih tinggi dan terdapat beberapa tanda magma yang naik ke permukaan dan menyebabkan gegaran," kata Sutopo Purwo Nugroho daripada Badan Pengurusan Bencana Nasional.

Namun, penerbangan-penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali beroperasi seperti biasa dengan hanya terdapat sedikit gangguan terhadap para pengendali pelancongan di seluruh pulau itu, kata pihak berkuasa.

Hampir 10,000 orang sudah dipindahkan setakat ini dan jumlah penduduk yang akan dipindahkan akan meningkat, menurut pihak berkuasa.

Beberapa penduduk kelihatan sudah membungkus dan memunggah barangan mereka ke lori-lori yang disediakan.

Indonesia mempunyai 130 gunung berapi yang aktif, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding negara-negara lain.

Beberapa siri letupan gunung berapi sudah berlaku antara tahun 1963 hingga 1964 yang mengorbankan lebih 1,000 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan