Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Guam mula operasi berjaga-jaga 24 jam hadapi ancaman Korea Utara

Tentera udara Amerika mengatakan pangkalan-pangkalannya di Guam selamat dan bersiap siaga mencegah sebarang ancaman daripada Korea Utara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Aug 2017 08:00PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 09:51PM

AMERIKA SYARIKAT: Jabatan Keselamatan Guam mula melaksanakan operasi berjaga-jaga 24 jam sebagai persiapan menghadapi ancaman Korea Utara.

Pasukan Pertahanan Awam Guam juga mengeluarkan garis panduan kepada para penduduk tentang apa yang harus dilakukan andainya terjadi serangan peluru berpandu.

Pyongyang mendedahkan rancangan terperinci untuk melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas Guam.

Pihak berkuasa mengatakan rata-rata penduduk tenang dan tiada tanda-tanda orang ramai tergesa-gessa menyorok bekalan keperluan.

Sekitar 163,000 orang menetap di pulau milik Amerika Syarikat itu.

Tentera udara Amerika mengatakan pangkalan-pangkalannya di Guam selamat dan bersiap siaga mencegah sebarang ancaman daripada Korea Utara.

Sekitar 7,000 askar Amerika berpangkalan di Guam.

Sumber : BERITA Mediacorp/MM/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan