Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Group Admin' WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal kekang maklumat palsu

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya ''Group Admin'' (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.

Anggaran Waktu Membaca:
'Group Admin' WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal kekang maklumat palsu

Logo WhatsApp. (Gambar: AFP/Yasuyoshi Chiba)

Diterbitkan : 27 Apr 2017 07:59PM Dikemas Kini : 27 Apr 2017 08:09PM

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya ''Group Admin'' (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata langkah itu wajar dibuat bagi membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan peka apabila ingin berkongsi setiap maklumat dengan anggota lain.

"Sikap suka menyebarkan maklumat palsu menjadi satu barah dalam masyarakat kita dan ini melambangkan budaya masyarakat yang kurang maju kerana mereka tidak semak kesahihan maklumat itu dahulu dan lebih seronok ''kongsi'' mesej tersebut kepada semua orang yang akhirnya memberi kesan buruk berpanjangan kepada pihak yang difitnah.

Dengan adanya undang-undang atau akta berkaitan ini, ia akan menjadi satu permulaan baik yang akan membawa faedah kepada semua pihak," katanya kepada wartawan hari ini (27 Apr).

Encik Nadzim mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari baru-baru ini bahawa Group Admin (Pentadbir Kumpulan) WhatsApp boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahlinya sehingga menggugat keselamatan negara.

Menurut Encik Jailani, menerusi akta itu, antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk menyebarkan berita tidak benar, menghasut, dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Kata Encik Jailani pentadbir kumpulan seharusnya menjadi pengampang maklumat dengan menapis bahan-bahan yang tidak sahih selain perlu lebih bertanggungjawab memastikan tiada anggotanya menyebarkan maklumat palsu bagi mengelakkan pentadbir kumpulan dikenakan tindakan undang-undang.

Sumber : Bernama/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan