Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Grab tawar diskaun bagi mangsa banjir Pulau Pinang

Syarikat perkhidmatan teksi,Grab menawarkan diskaun sehingga 23 November untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja dan sekolah bagi mangsa banjir di Pulau Pinang.

Anggaran Waktu Membaca:
Grab tawar diskaun bagi mangsa banjir Pulau Pinang
Diterbitkan : 12 Nov 2017 09:08AM Dikemas Kini : 12 Nov 2017 09:11AM

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan teksi,Grab menawarkan diskaun sehingga 23 November untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja dan sekolah bagi mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menurut syarikat itu, penduduk Pulau Pinang hanya perlu menekan kod promosi 'GRAB4PG’ dalam aplikasi panggilan untuk menikmati potongan RM5 (S$1.60) tanpa tunai atau GrabPay bagi 25 perjalanan yang disediakan di negeri itu.

"Kami juga meminta para sukarelawan dalam syarikat serta pemandu dari bandar berdekatan supaya menjadi pemandu Grab di Pulau Pinang dari 13 hingga 17 November bagi memenuhi permintaan memandangkan banyak kenderaan rosak akibat banjir,” kata Ketua GrabCar dan Teksi Grab Luar Lembah Klang, Justin Tiew.

Dalam kenyataan pada Sabtu (11 Nov), beliau berkata, bagi membantu sara hidup pemandu, Grab buat masa ini tidak mengenakan caj komisyen pada tempahan di negeri itu sehingga dimaklumkan, justeru semua pemandu Grab boleh menikmati sepenuhnya tambang yang dikenakan terhadap penumpang dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata ramai pemandu dan kenderaan mereka terjejas dengan banjir di negeri itu dan oleh itu syarikat itu tidak akan melaksanakan sebarang kenaikan harga tempahan sehingga dimaklumkan.

"Sebagai sebuah syarikat, kamu mahu bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang kerana kami juga turut terkesan seperti rakan, keluarga, sahabat dan penumpang kami di negeri itu,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan