Images
  • Google
    Logo Google di cawangannya di 

Google ketatkan lagi langkah kekang kandungan ekstremis di YouTube

REUTERS: Syarikat Alphabet Inc Google akan menguatkuasakan lebih banyak langkah-langkah lebih ketat untuk mengenal pasti dan membuang segala kandungan yang berbaur pengganasan dan ekstremis di wadah perkongsian videonya, YouTube. Demikian menurut syarikat tersebut dalam satu kiriman blognya pada Ahad (18 Jun).

Google menyatakan ia akan mengambil tindakan lebih keras ke atas video-video yang mengandungi kandungan berunsur pelampau (supremacist) atau kata-kata kesat mengenai agama lain dengan memberikan amaran. Ia juga akan dilarang daripada meraih untung kewangan atau direkomen oleh para pengguna, walaupun ianya tidak melanggar dasar-dasar tersebut secara langsung.

Syarikat itu akan menggunakan lebih banyak sumber-sumber kejuruteraan dan meningkatkan lagi penggunaan teknologi untuk mengenal pasti video-video ekstremis. Ini adalah tambahan kepada melatih kakitangan baru untuk memeriksa kandungan demi mempercepatkan proses mengenal pasti dan membuang kandungan sedemikian.

"Walaupun kami dan pihak lain sudah bekerja bertahun-tahun untuk mengenal pasti dan membuang kandungan yang melanggar dasar-dasar kami, hakikatnya ialah, kami sebagai sebuah industri, harus mengakui lebih banyak lagi boleh diperbaiki. Sekarang," menurut Kent Walker, ketua peguam Google.

Google akan mengembangkan lagi kolaborasi dengan kumpulan anti-pengganasan untuk mengenal pasti kandungan yang digunakan untuk merekrut dan meradikalisasi pengganas, menurutnya.

Syarikat itu juga akan menyasarkan golongan yang mungkin menjadi rekrut ISIS dengan memperkenalkan pengiklanan online tertentu dan mengalihkan mereka kepada video-video anti-pengganasan. Ini untuk mengubah fikiran mereka daripada mengambil bahagian dalam kegiatan pengganasan.

Jerman, Perancis dan Britain merupakan negara-negara di mana warga tidak berdosa dibunuh dan cedera dalam pengeboman dan tembakan oleh militan Islam baru-baru ini. Ini memaksa Facebook dan lelaman media sosial yang lain seperti Google dan Twitter untuk membuang kandungan berunsur militan dan kebencian.

Facebook pada Khamis (15 Jun) memberikan lebih banyak maklumat tentang usaha-usahanya membuang kandungan pengganasan, sebagai respons kepada desakan politik di Eropah. Ini kerana kumpulan-kumpulan militan menggunakan media sosial untuk propaganda masing-masing dan merekrut pengganas.

Facebook juga sudah meninggikan lagi penggunaan teknologi kecerdasan buatan seperti kefahaman imej dan bahasa bagi mengenal pasti dan membuang kandungan-kandungan itu dengan segera, menurut syarikat itu menerusi blognya.  

- REUTERS/fa

Komen Anda?

Top