Gempar apabila ular 1.5 meter turut 'naik' pesawat
Seekor ular sepanjang 1.5 meter ditemui dalam pesawat Ravn Alaska semasa penerbangannya menuju ke Anchorage.
ALASKA: Seekor ular sepanjang 1.5 meter ditemui dalam pesawat Ravn Alaska semasa penerbangannya menuju ke Anchorage.
Sebelum penerbangan tersebut berlepas, seorang penumpang dipercayai membawa reptilia itu naik pesawat dan ia tertinggal semasa pemiliknya turun dari kapal terbang.
Ular itu ditemui ketika seorang budak lelaki yang merupakan antara tujuh penumpang tersebut, memanjat tempat duduknya.
Ular yang tidak berbisa itu tertutup dengan beg pakaian di belakang pesawat.
Seorang pramugari berjaya menangkap ular itu dan memasukkannya ke dalam beg plastik sampah sebelum pesawat tersebut selamat mendarat di Anchorage.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.