Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa sekuat 6.2 Richter landa Filipina

Satu gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda pulau utara Luzon hari ini (11 Ogos) dan gegaran tersebut boleh dirasakan di ibu kota Manila.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa sekuat 6.2 Richter landa Filipina

Para pelajar meninggalkan premis sekolah selepas berlaku gempa, 11 Ogos. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Aug 2017 08:38PM Dikemas Kini : 11 Aug 2017 08:44PM

MANILA: Satu gempa bumi sekuat 6.2 skala Richter melanda pulau utara Luzon hari ini (11 Ogos) dan gegaran tersebut boleh dirasakan di ibu kota Manila. Ia menggoncang bangunan-bangunan dan memaksa pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah dikosongkan.

Tiada laporan kematian atau kecederaan dilaporkan semasa gempa itu berlaku, yang menurut Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat sekuat 6.6 skala Richter.

Gempa itu berlaku pada 1.28 petang di wilayah Batangas, pada kedalaman 168 km sekitar 10.7 km dari tenggara Nasugbu.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, yang mencatat skala Richter gempa itu pada 6.3 dan berkata ia menjangkakan gegaran susulan.

Negara Filipina terletak di "Lingkaran Api" Pasifik yang aktif dan kerap mengalami gempa bumi. 

Sumber : Agensi berita/NA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan